Perincian suntikan remaja minggu depan

PUTRAJAYA 13 Ogos – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan mengumumkan minggu depan perincian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, vaksinasi akan mengikut keutamaan iaitu remaja berusia 12 tahun dan 17 tahun, yang mempunyai masalah penyakit kronik, diikuti individu remaja (12 hingga 17 tahun) tanpa masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur.

“Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh JKJAV bagaimana vaksinasi Covid-19 untuk remaja akan dilaksanakan selari dengan pekeliling dan garis panduan klinikal terkini,” kata Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melalui pekeliling berkenaan memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan untuk memperluaskan PICK dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, bergantung kepada bekalan vaksin.

Related posts

Leave a Comment