Thailand lapor 18,027 kes harian

BANGKOK 1 Ogos – Sebanyak 18,027 kes jangkitan baharu Covid-19 dan 133 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand kini 615,314 dengan jumlah kematian 615,314 orang.

Sebanyak 17,653 kes melibatkan penduduk awam termasuk dua kes import dan selebihnya 374 orang banduan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Bangkok merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 2,899 diikuti Samut Sakhon 1,259, Chan Buri 1,147 dan Samut Prakan 1,113.

Dua kes import pula melibatkan warga Australia dan Britain yang tiba di Phuket dari Amerika Syarikat.

Bangkok juga merekodkan 61 kematian dan 34  lagi dilaporkan di Samut Prakan, Nonthaburi, Samut Sakhon dan Nakhon Pathom.

Sementara itu sebanyak 13,402 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 405,322 manakala 205,002 sedang mendapatkan rawatan.

Related posts

Leave a Comment