3.25 bilion dos disuntik

SETAKAT Selasa, 6 Julai lebih 3.25 bilion dos vaksin Covid-19 didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 1.31 bilion dos vaksin sudah didaftarkan diikuti India dengan 357 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 329.64 juta dos.

Brazil merekodkan lebih 90 juta, United Kingdom (UK) melebihi 79 juta dos,

Jerman dengan 77 juta dos, Perancis melebihi 57 juta dan Itali melebihi 56 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 46 juta dos.

Filipina dan Thailand pula melebihi 11 dan 10 juta dos diikuti Malaysia dengan lebih 9 juta dos dan Singapura lebih 5.7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment