R-naught catat peningkatan

PUTRAJAYA 7 Julai – Selepas tujuh hari berturut-turut, kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 negara terus mencatat trend peningkatan.

Semalam, Selasa, 7 Julai, ia naik ke 1.08 berbanding 1.07 pada hari sebelumnya.

Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatat kadar tertinggi dengan 1.25.

Ia diikuti Pahang 1.18, Kuala Lumpur 1.16, Selangor 1.12 dan Melaka 1.08 manakala Sabah pula mencatatkan 1.04, Pulau Pinang 1.03 dan Negeri Sembilan 1.01.

Enam negeri lain mencatat kadar R-Naught di bawah 1.0 iaitu Perak 0.98, Johor 0.96, Labuan 0.91, Terengganu 0.94, Sarawak 0.89 dan Kelantan 0.82.

Perlis pula mencatat dua kes.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Related posts

Leave a Comment