3.12 bilion dos global disuntik

LEBIH 3.12 bilion dos vaksin Covid-19 sudah disuntik di seluruh dunia setakat ini di mana China mendahului dengan lebih 1.26 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Menurut data Johns Hopkins University, India merekodkan 340 juta dos vaksin diikuti Amerika Syarikat sebanyak 327 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 90 juta dos ialah Brazil, sementara United Kingdom (UK) melebihi 78 juta dos, Jerman 75 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing dengan 54 juta dan 53 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 44 juta dos, Filipina pula melebihi 10 juta dos, Malaysia lebih 8.3 juta dos manakala Singapura pula lebih 5.3 juta dos.

Related posts

Leave a Comment