Tangguh penggal persekolahan

BANGKOK 20 Mei – Bagi menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19 di Thailand, Kementerian Pendidikan akan menangguhkan penggal persekolahan baharu dari 1 Jun kepada 14 Jun selepas penangguhan pertama pada 17 Mei lalu.

Menteri Pendidikan Trinuch Thienthong berkata, langkah penangguhan itu adalah demi keselamatan guru, pelajar dan kakitangan pendidikan berikutan penularan semula wabak Covid-19 itu.

Langkah itu juga bagi memberi lebih banyak masa kepada guru-guru dan petugas sektor pendidikan itu mendaptkan suntikan vaksin dan urusan pemindahan pelajar dari satu sekolah ke sekolah lain.

Bagaimanapun bagi sekolah yang berada di zon merah dan jingga yang mahu membuka sekolah sebelum tarikh berkenaan boleh berbuat demikian tetapi perlu memenuhi  44 perkara yang ditetapkan Kementerian Kesihatan .

Bagi zon merah gelap iaitu Bangkok, Nonthaburi, Pathum Thani dan Samut Prakan, ‘pembukaan sekolah’ sebelum tarikh ditetapkan hanya boleh dibuat melalui atas talian.

Related posts

Leave a Comment