35 kematian termasuk bayi 2 bulan

BANGKOK 18 Mei – Selepas merekodkan hampir 10,000 kes harian semalam, Thailand hari ini mencatatkan 2,473 kes baharu Covid-19  iaitu 23 kes import dan 2,450 kes jangkitan tempatan menjadikan jumlah keseluruhan  113,555.

Thailand juga merekodkan kes kematian tertinggi hari ini apabila 35 orang termasuk bayi berusia dua bulan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 649 kematian. Kematian tertinggi sebelum ini adalah 34 orang pada 12 Mei lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah kes baharu itu, 1,793 melibatkan orang awam manakala 680 banduan di penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kematian melibatkan 17 lelaki dan 18 wanita, berusia dua bulan hingga 93 tahun.

Sebanyak 16 kematian dilaporkan di Bangkok, dua di Chiang Rai, Songkhla dan Samut Prakan; satu di Ubon Ratchathani, Sa Kaeo, Si Sa Ket, Rayong, Chon Buri, Pathum Thani, Chaiyaphum, Lop Buri, Nakhon Pathom, Samut Sakhon, Chumphon, Saraburi dan Surat Thani.

Sejak gelombang ketiga pandemik, terdapat 84,692 kes di mana 42,492 dilaporkan sembuh termasuk 2,718 yang dibenarkan keluar hospital semalam.

Ketika ini, 42,988 sedang mendapatkan rawatan.

Sementara itu, sebanyak 28 kluster dilaporkan di 19 daerah iaitu Din Daeng, Watthana, Klong Toey, Laksi, Lat Phrao, Ratchathewi, Phra Nakhon, Pomprap Sattruphai, Suan Luang, Pathumwan, Sathon, Samphanthawong, Chatuchak, Bang Rak, Prawet, Wang Thonglang, Ramkhamhaeng, Bangkok Noi dan Huai Khwang.

Kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin selepas ketibaan dari  India (13), Emiriyah Arab Bersatu (1), Malaysia (4), Cambodia (5).

Setakat hari ini, 42,988 pesakit Covid-19 masih di hospitals, 1,150 kritikal dan 384 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment