Kuarantin 7 hari di Arab Saudi

RIYADH: Semua pengunjung yang belum divaksin yang datang dari negara-negara yang tidak dilarang masuk ke Arab Saudi perlu menjalani kuarantin di kemudahan khas sebaik tiba di negara itu.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk membendung penularan Covid-19.

Menurut laporan Saudi Press Agency (SPA), sumber rasmi Kementerian Ehwal Dalam Negeri Saudi memaklumkan syarat yang berkuat kuasa pada 20 Mei, mewajibkan semua pengunjung yang belum menerima vaksin mematuhi prosedur-prosedur kuarantin di sebuah institusi khas selama tujuh hari.

Mereka juga perlu memperoleh  dokumen insurans kesihatan yang sah untuk melindungi diri daripada risiko-risiko Covid-19.

Kuarantin itu dilaksanakan di sebuah kemudahan di bawah penyeliaan penguasa kesihatan berbanding kuarantin sendiri di rumah.

Para pengunjung yang belum divaksin juga mesti menjalani ujian PCR bagi Covid-19 pada hari pertama dan ketujuh selepas ketibaan mereka.

Bagaimanapun pengecualian kuarantin itu melibatkan warganegara, suami atau isteri warga negara, anak-anak warga negara dan pembantu rumah yang mengiringi mereka.

Pembantu rumah yang belum menerima vaksin yang mengiringi penduduk yang sudah divaksin, pengunjunhÿPengunjung yang sudah menerima vaksin, delegasi rasmi, pemegang visa diplomatik, diplomat dan keluarga yang tinggal bersama mereka.

Anak kapal udara dan laut, pemandu lori dan penolong mereka dari semua pelabuhan, mereka yang terlibat dalam rantaian bekalan kesihatanmenurut Kementerian Kesihatan Saudi.

Related posts

Leave a Comment