2 lagi kes Lapangan Terbang Changi

SINGAPURA 11 Mei – Dua lagi kes positif dikesan di Lapangan Terbang Changi menjadikan jumlah keseluruhan yang dikaitkan dengan kluster ini 10 kes.

Kes itu melibatkan seorang kakitangan Raffles Medical dan seorang pegawia keselamatan penerbangan Certis Cisco.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua kes itu antara 19 jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam .

Jangkitan pertama dalam kluster Lapangan Terbang Changi dikesan pada 5 Mei apabila seorang lelaki berusia 88 tahun yang bekerja sebagai tukang pembersih di Terminal 3 diuji positif.p dan disusuli tujuh lagi kes.

Berikutan itu, kira-kira 9,000 pekerja dari Terminal 1, Terminal 3 dan Lapangan Terbang Changi akan menjalani ujian pengesanan.

Setakat semalam , Singapura melaporkan keseluruhan 61,378 kes Covid-19 dan 31 kematian. 

Related posts

Leave a Comment