Presiden Filipina terima dos pertama

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam (3 Mei) menerima dos pertama vaksin Covid-19 Sinopharm, bagi menggalakkan rakyatnya mendapatkan suntikan dan membantu menghentikan penularan koronavirus itu.

Presiden Duterte, 76 tahun, sebelum menerima dos pertama itu, Duterte berkata: “Saya rasa baik dan saya sudah lama mengharapkan suntikan vaksin ini”.

Enam daripada 10 rakyat Filipina enggan diberi vaksin kerana prihatin akan masalah keselamatan, menurut tinjauan Pulse Asia ke atas 2,400 responden antara 22 Februari hingga 3 Mac lalu.

Dalam satu tinjauan yang serupa pada November lalu, hanya 47 peratus berkata mereka enggan mendapatkan vaksinasi.

Filipina mencatatkan 1.06 juta kes Covid-19 dengan 17,525 kematian iaitu negara kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Indonesia.

Antara mereka yang dijangkiti Covid-19 dan kemudian pulih daripadanya termasuk jurucakap Presiden Duterte serta menteri pertahanan negara itu.

Permohonan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 Sinopharm di Filipina masih belum diluluskan namun pengawal selia makanan dan ubat-ubatan negara itu telah menyetujui “penggunaan belas ihsan” sebanyak 10,000 dos Sinopharm bagi pasukan keselamatan Duterte.

Vaksin itu, yang disuntikkan kepada  Duterte oleh menteri kesihatan, dilindungi oleh permit penggunaan belas ihsan, kata Jurucakap Presiden Harry Roque.

Duterte berulang kali menyuarakan pilihannya terhadap vaksin diperbuat oleh China dan Rusia.

Filipina sudahpun memberikan 1.9 juta dos vaksin Covid-19, kebanyakannya oleh Sinovac Biotech dari China, sejak program imunisasi bermula pada 1 Mac lalu.

Ia merancang untuk memberi vaksinasi kepada 70 juta daripada 108 juta rakyatnya tahun ini untuk mencapai kekebalan masyarakat dan membuka semula dengan selamat ekonomi yang terjejas teruk.

Related posts

Leave a Comment