563,350 lengkap dua dos suntikan

PUTRAJAYA 3 Mei – Seramai 563,350 individu melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat hari ini, kata Menteri Penyelaras Program , Khairy Jamaluddin.

Katanya, 905,683 individu menerima suntikan dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua berjumlah 1,469,033 dos.

Jelasnya, seramai 9,701,690 individu sudah mendaftar dengan nisbah populasi di atas 18 tahun adalah sebanyak 40 peratus.

Status Fasa 2, jumlah keseluruhan yang berdaftar adalah 2,977,175 dan jumlah yang telah divaksinasi sejak 19 April adalah 203,871.

“Kini semua negeri telahpun menggerakkan Fasa 2 dengan jumlah 60 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam yang telah diaktifkan di seluruh negara,” katanya dalam sidang media perkembangan PICK.

Sementara itu Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menjelaskan, 1,521 jumlah kematian dicatat pada minggu ke 17 dengan purata 14 kematian sehari.

“Untuk itu terdapat penambahan berbanding minggu ke-16 iaitu sebanyak 69.6 peratus kadar kematian, dan trend kematian mencatat kenaikan sejak minggu sebelumnya,” ujarnya.

Dr Adham sebelum ini mengemukakan cadangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat enam negeri.

Menurutnya, negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.

Ujarnya, cadangan tersebut dikemukakan bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19 terutamanya bagi negeri-negeri yang mencatatkan angka yang tinggi.

Kata beliau, cadangan berkenaan dilakukan berikutan negara masih mencatatkan angka melebihi 3,000 untuk tempoh tiga hari berturut-turut kebelakangan ini dan tidak menunjukkan penurunan.

Related posts

Leave a Comment