79 sekolah di Selangor tutup 2 hari

SHAH ALAM 26 April – Daerah Hulu Langat mendahului jumlah sekolah yang ditutup di Selangor selama dua hari mulai hari ini selepas kes positif Covid-19 direkodkan.

Daripada 79 sekolah, Hulu Langat mencatatkan 19 sekolah diikuti Petaling Perdana (18), Klang (15), Gombak (9), Sepang (2), Hulu Selangor (5) dan Kuala Langat (2).

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman di Petaling Jaya turut ditutup mulai hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam entri terbaharu di Facebook sekolah berkenaan.

Penutupan itu bagi proses sanitasi dan disinfeksi dijalankan di sekolah terbabit.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dalam satu sidang media memaklumkan terdapat 53 kluster aktif melibatkan pendidikan dilaporkan hari ini.

Sehingga kini sebanyak 4,868 kes jangkitan Covid-19 dikesan melibatkan sektor pendidikan sejak Januari lalu.

Related posts

Leave a Comment