Kematian akibat pembekuan darah

SYDNEY 17 April – Australia melaporkan kematian pertama akibat kes pembekuan darah yang dikaitkan dengan suntikan vaksin AstraZeneca Covid-19. Ia melibatkan seorang wanita berusia 48 tahun.

Kumpulan Siasatan Keselamatan Vaksin Australia (VSIG), yang mengadakan mesyuarat pada Jumaat, menyimpulkan bahawa kematian wanita New South Wales itu mungkin berkaitan dengan vaksinasi.

Mangsa yang meninggal dunia selepas empat hari mengambil vaksin turut disahkan mempunyai beberapa masalah kesihatan lain, termasuk diabetes.

Menurut kenyataan Pentadbiran Barangan Terapi (TGA), oleh kerana tiada sebab alternatif untuk sindrom klinikal itu, VSIG percaya bahawa hubungan penyebab dengan vaksinasi perlu diandaikan buat masa ini.

Ini merupakan kes ketiga pembekuan darah, yang sebenarnya jarang berlaku dan dikaitkan dengan vaksin itu di Australia, dengan dua pesakit lain beransur pulih dengan baik.

Related posts

Leave a Comment