Denmark henti guna AstraZeneca

SELEPAS menangguhkan penggunaannya selama sebulan, Denmarak akhirnya  menghentikan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Oxford-AstraZeneca berikutan wujud kebimbangan berhubung kes terpencil melibatkan masalah pembekuan darah.

Ini menjadikan Denmark negara Eropah pertama menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca.

Berikutan tindakan itu, ia dijangka akan melambatkan program vaksin Denmark untuk beberapa minggu.

Pengarah Badan Kesihatan Denmark bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk kembali menggunakan semula vaksin AstraZeneca pada masa depan.

Agensi kawal selia Eropah, Agensi Perubatan Eropah (EMA) sebelum ini mengumumkan  kaitan antara masalah pembekuan darah dengan vaksin AstraZeneca.

Bagaimanapun ia mendapati risiko kematian akibat Covid-19 adalah lebih tinggi.

Sebelum ini beberapa negara Eropah menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca untuk beberapa ketika tetapi disambung semula bagi had umur tertentu.

Selain AstraZeneca, masalah sama dihadapi vaksin suntikan tunggal keluaran Johnson & Johnson.

Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah menggantung sementara penggunaan vaksin keluaran Johnson & Johnson.

Keputusan itu juga dipercayai dikaitkan dengan masalah pembekuan darah dihadapi penerima vaksin tersebut.

Related posts

Leave a Comment