“Kamek udah lengkap 2 dos”

KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg melengkapkan pengambilan vaksin Covid-19 apabila menerima suntikan dos kedua di bawah Program Imunisasi Covid-19 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya semalam, 19 Mac.

Ia selepas dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech diterima Ketua Menteri di Klinik Kesihatan Petra Jaya pada 26 Februari lalu.

Abang Johari ketika ditemui pemberita berkata, kerajaan Sarawak masih menunggu maklum balas yang konklusif daripada kerajaan persekutuan berhubung permohonan untuk membeli sendiri bekalan tambahan vaksin Covid-19.

“Buat masa ini, petanda (permohonan untuk membeli vaksin sendiri) menunjukkan perkembangan positif,” katanya ketika diminta mengulas tentang hasrat Sarawak untuk mendapatkan bekalan tambahan sendiri vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment