AstraZeneca : Manfaat melebihi risiko

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan tiada bukti saintifik mengaitkan vaksin AstraZeneca dengan risiko pembekuan darah.

Ketua Pengarah Dr Tedros Adhanom Gheyreyesus berkata jawatankuasa siasatan vaksin itu mendapati ia berpotensi mengurangkan jangkitan dan kematian.

Dalam taklimat medianya, beliau berkata, Jawatankuasa Penasihat Global Mengenai Keselamatan Vaksin WHO (GACVS) telah mengadakan mesyuarat minggu ini bagi menangani isu itu.

Hasilnya, jawatankuasa telah merumuskan bahawa data tersedia tidak menyebabkan keseluruhan peningkatan masalah gumpalan darah kesan daripada vaksin AstraZeneca.

“Jawatankuasa juga mendapati bahawa manfaat vaksin ini melebihi risikonya dan berpotensi mencegah jangkitan dan kematian akibat Covid-19,” kata Dr Tedros.

Menurutnya lagi, setiap vaksin datang dengan kesan sampingan tertentu.

“Persoalan dengan farmaseutikal adalah risiko pengambilan vaksin ini melebihi daripada risiko terkena jangkitan. Dalam hal ini, ia tidak memberi kesan.

“Covid-19 adalah penyakit yang boleh membawa maut dan vaksin AstraZeneca boleh mencegahnya,” jelasnya.

Sehubungan itu, WHO menyarankan pegawai kesihatan dan pesakit untuk kekal waspada memantau sebarang kesan sampingan dan melaporkannya.

Related posts

Leave a Comment