Di AS, 107 juta sudah disuntik

LEBIH 107 juta individu di Amerika Syarikat (AS) telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 di mana 69,784,210 mendapat dos pertama dan 37,459,269 telah mendapat dos sepenuhnya.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC),setakat Ahad sebanyak 107,060,274 telah divaksinasi dan 135,847,835 dos vaksin sudah diagihkan.

Ia meliputi dos vaksin keluaran Moderna, Pfizer-BioNTech dan Johnson & Johnson.

Bagi anggota kesihatan, sejumlah 7.58 juta sudah terima suntikan melalui fasa pertama.

AS memulakan program vaskinasi Covid-19 bermula 14 Disember tahun lalu.

Related posts

Leave a Comment