AS masih mendahului

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini meningkat kepada lebih 6.39 juta sementara kematian pula melebihi 383,000 kes.

Data Johns Hopkins University, menunjukkan dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 100,000 kes jangkitan baharu dan 4,000 kematian.

Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan kes jangkitan mencatatkan 1.84 juta dan 107,093 kematian.

Brazil menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif jangkitan 555,383 kes dengan kematian 31,199, tempat keempat selepas AS, United Kingdom (UK) dan Itali.

Rusia pula menduduki tempat ketiga dengan merekodkan 431,715 kes tetapi 5,208 kematian, tempat ke-14

Sementara itu, India menyertai United Kingdom, Sepanyol dan Itali yang berada pada kelompok negara mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 kes apabila mencatatkan 216,824 kes.

UK merekodkan 281,270 kes, Sepanyol 240,326 dan Itali 233,836.

Enam negara yang mempunyai kes positif melepasi 100,000 adalah Jerman 184,121, Peru 178,914, Turki 166,422, Iran 160,696, Perancis 114,400 dan Chile 113,628.

Tiga negara berikutnya mengatasi China yang merekodkan 84,159 kes iaitu Mexico 97,326, Kanada 94,619 dan Arab Saudi 91,182.

Mengenai kematian pula, selain Brazil, data itu menunjukkan UK dan Itali turut berada dalam kelompok lebih 30,000 kes iaitu kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan 39,811 dan 33,601

Manakala Perancis dan Sepanyol merekodkan jumlah korban lebih 20,000 kes dengan masing-masing mencatatkan 29,024 dan 27,128.

Kes pesakit yang telah sembuh pula adalah sebanyak 2.76 juta.

Related posts

Leave a Comment