90.1 juta kes, 1.9 juta kematian, 49.9 juta sembuh

SETAKAT pukul 8 pagi ini, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 90,180,310 kes dengan jumlah kematian 1,932,948 orang.

Menurut data Johns Hopkins University, dalam tempoh yang sama, kes sembuh pula adalah sebanyak 49,948,772.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan merekodkan 22,374,315 kes positif serta 374,002 kematian.

Ini diikuti India dengan 10,450,284 kes dan kematian 150,999 (tempat ketiga) dan Brazil 8,075,998 kes dengan 202,631 kematian iaitu di kedudukan kedua selepas AS.

Rusia pula telah melepasi tiga juta kes iaitu 3,366,715 dan United Kingdom (UK) 3,081,368 kes.

Melebihi dua juta kes pula adalah Perancis 2,840,864, Turki 2,326,256, Itali 2,276,491 dan Sepanyol 2,050,360.

Sembilan negara merekodkan lebih satu juta kes iaitu Jerman 1,929,410, Colombia 1,786,900, Argentina 1,722,217, Mexico 1,524,036, Poland 1,385,522, Iran 1,286,406, Afrika Selatan 1,231,597, Ukraine 1,150,265 dan Peru 1,026,180.

Ini diikuti Netherlands 885,097, Czechia 831,165 dan Indonesia 828,026.

Merekodkan lebih 500,000 kes adalah Romania 671,284, Kanada 664,606, Belgium 662,694, Chile 641,923, Iraq 602,938, Bangladesh 522,453 dan Pakistan 502,416.

Enam negara melebihi 400,000 kes iaitu Israel 491,319, Sweden 489,471, Filipina 487,690, Portugal 483,689, Switzerland 477,983 dan Morocco 452,532.

Austria, Arab Saudi, Serbia, Hungary dan Jordan melebihi 300,000 kes, sementara 13 negara melebihi 200,000 kes iaitu Jepun, Panama, Nepal, Georgia, Emiriyah Arab Bersatu, Azerbaijan, Ecuador, Croatia, Lebanon, Belarus, Kazakhstan, Bulgaria, dan Slovakia.

Malaysia pula antara 27 negara merekodkan lebih 100,000 kes didahului Denmark 182,161 diikuti Republik Dominica , Costa Rica, Bolivia, Armenia, Lithuania, Tunisia, Kuwait, Mesir, Moldova, Ireland, Tebing Barat dan Gaza, Qatar, Greece, Guatemala, Slovenia (139,281), MALAYSIA (135,992), Oman (130,608) Myanmar, Ethiopia, Honduras, Venezuela, Paraguay, Bosnia Herzegovina, Libya, Algeria dan Nigeria.

Sementara itu bagi kes kematian, Mexico berada di kedudukan keempat dengan 133,204, UK 81,567, Itali  78,755, Perancis 67,885, Rusia 60,963, Iran 56,171, Sepanyol 51,874, Colombia 46,114, Argentina 44,495, Jerman 40,741.

Peru 38,049, Afrika Selatan 33,163, Poland  31,189, Indonesia 24,129, Turki 22,807, Ukraine  20,641, Belgium 20,038, Chile 17,096, Kanada 16,960, Romania 16,654, Ecuador 14,177, Czechia 13,115, Iraq 12,895, Netherlands 12,461, Hungary 10,648 dan Pakistan 10,644.

Related posts

Leave a Comment