Raja Salman terima suntikan

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di bandar Neom, pada Jumaat selepas program vaksinasi dimulakan di negara itu.

Sebelum ini Arab Saudi melancarkan kempen vaksinasinya sejak Disember lalu selepas menerima hantaran pertama ratusan ribu vaksin.

Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan lebih setengah juta rakyatnya mendaftar untuk mengambil vaksin Pfizer-BioNTech sejak pendaftaran dilancarkan pada 15 Disember lalu.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman menerima suntikan dos pertama vaksin pada 26 Disember lalu.

Arab Saudi membuka pusat vaksin Covid-19 di Jeddah pada Khamis, sekali gus menjadi kemudahan inokulasi kedua di negara itu selepas Riyadh.

Baru-baru ini Menteri Kesihatan Dr. Tawfiq Bin Fawzan Al-Rabiah melancarkan aplikasi #Tawaklna bagi merekodkan status penerima vaksin selepas mendapatkan dos kedua.

(foto fb Haramain Sharifain)

Related posts

Leave a Comment