121 kes baharu di Thailand

BANGKOK 27 Dis. – Thailand mencatatkan 121 kes baharu Covid-19 melibatkan 94 penularan tempatan serta 18 pengesanan kes aktif di wilayah Samut Sakhon, lapan kes import dan satu dari luar pusat kuarantin alternatif kerajaan.

Ini menjadikan Thailand mencatatkan 6,141 kes Covid-19 dengan 60 kematian.

Dua kluster baharu Covid-19 juga dikesan  membabitkan sekumpulan peminat motosikal berkuasa besar yang berhimpun di Pulau Lanta di wilayah selatan Krabi serta sebuah pusat perjudian haram di wilayah timur Rayong.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kes indeks di pusat perjudian itu dipercayai wanita berusia 55 tahun yang didapati positif Covid-19 dan kemudian menjangkiti kontak rapatnya.

Setakat ini, kira-kira 36 jangkitan tempatan dilaporkan di Rayong termasuk 28 kes yang berkaitan dengan pusat perjudian itu.

Mengenai penularan wabak yang dikaitkan dengan pasar makanan laut di wilayah barat daya Samut Sakhon, Thaweesilp berkata seramai 1,356 pekerja asing diuji positif COvid-19.

Jangkitan itu telah menular ke 38 wilayah dalam negara ini. Bagaimanapun, jumlah jangkitan baharu terus berkurangan. Seramai 11,620 individu menjalani ujian Covid-19 dan 1,356 individu atau 11.7 peratus didapati positif,

Related posts

Leave a Comment