Kuarantin kini 10 hari

PUTRAJAYA 13 Dis. – Mulai esok, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman. 

“Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati bahawa risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin.

Kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, beberapa negara telah menyemak semula tempoh kuarantin wajib masing-masing. 

United Kingdom, Jerman dan Belgium telah menurunkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari manakala Perancis pula telah mengambil tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari.

Related posts

Leave a Comment