Dihalang ‘kemenangan’ vaksin

DONALD Trump mendakwa Pfizer dan yang lain hanya akan mengumumkan vaksin selepas pilihan raya.

Dalam hantaran melalui Facebooknya, beliau berkata,  mereka tidak berani untuk melakukannya (pengumuman) sebelum ini.

Begitu juga, FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah) sepatutnya mengumumkannya lebih awal, bukan untuk tujuan politik, tetapi untuk menyelamatkan nyawa!

Trump juga berkata sekiranya Joe Biden menjadi Presiden, anda tidak akan mempunyai Vaksin untuk empat tahun lagi, tidak juga FDA meluluskannya dengan cepat. Birokrasi itu akan memusnahkan berjuta-juta nyawa!

Katanya lagi, FDA dan Demokrat tidak mahu beliau mendapat KEMENANGAN Vaksin, sebelum pilihan raya, jadi sebaliknya ia keluar lima hari kemudian – Seperti yang saya katakan selama ini!

Sebelum ini, Pfizer dalam satu kenyataan berkata, vaksin buatan Pfizer dan BioNTech didapati menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan Covid-19.

Vaksin jenis mRNA itu terbukti mampu mengelak jangkitan Covid-19 bagi hampir kesemua individu yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal fasa ketiga.

“Ini bermakna kami sudah selangkah dalam memperoleh vaksin untuk diedarkan kepada rakyat, sekali gus mengakhiri pandemik Covid-19,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla di laman web rasmi Pfizer.

Menurut data awal ujian klinikal yang diambil daripada 94 kes positif Covid-19 daripada sejumlah 43,538 peserta ujian tersebut, 10 peratus daripada itu telah mendapat suntikan vaksin sebenar manakala 90 peratus mendapat suntikan plasebo atau bukan suntikan sebenar.

Related posts

Leave a Comment