SABAH merekodkan 578 kes di mana 223 adalah dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Tinusa dan Sauh (baharu), 210 saringan kontak rapat dan 145 lain-lain saringan
SELANGOR pula mencatatkan 137 kes yang melibatkan 59 kes dari kluster sedia ada termasuk kluster Jambu (baharu), 55 dari saringan kontak rapat, lapan saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, 10 lain-lain saringan Covid-19, empat import dari India dan satu import dari Amerika Syarikat
NEGERI SEMBILAN merekodkan 38 kes iaitu 33 dari kluster Sofi (baharu), empat kontak rapat dan satu lain-lain saringan Covid-19.
LABUAN merekodkan 29 kes iaitu 25 dari kluster sedia ada dan empat saringan kontak rapat.
KUALA LUMPUR pula merekodkan 23 kes iaitu sembilan dari kluster sedia ada termasuk satu kluster Bah Mutiara (baharu), tujuh saringan kontak rapat, dua saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan lima lain-lain saringan Covid-19
PERAK mencatatkan 14 kes, PULAU PINANG-10, PUTRAJAYA empat, KEDAH tiga, MELAKA tiga, KELANTAN tiga, PAHANG dua, manakala TERENGGANU, JOHOR dan SARAWAK masing-masing satu kes.