Brunei catat kes baharu dari KL

BRUNEI Darussalam merekodkan satu kes baharu hari ini, 22 Oktober, melibatkan seorang lelaki berusia 40 tahun yang tiba dari Kuala Lumpur dengan penerbangan Diraja Brunei pada 16 Oktober lalu.

Pemangku Menteri Kesihatan, Mejar Jeneral (B) Aminuddin Ihsan Abidin berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 148.

Beliau yang juga Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berkata, ini juga merupakan kes import ketujuh selepas kes tempatan terakhir dilaporkan pada 6 Mei 2020.

Lelaki berkenaan mengalami gejala batuk dan kini sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan manakala saringan kontak rapat melibatkan 18 individu di mana 10 negatif dan baki sedang menunggu keputusan.

Setakat ini, Brunei Darussalam merekodkan tiga kematian dan hari ini adalah hari ke 169 tanpa kes jangkitan tempatan.

Ketika ini 295 individu sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pemantauan manakala 7,248 telah selesai melalui proses tersebut.

Related posts

Leave a Comment