Daftar Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR : UMNO dan Pas  bersetuju untuk mendaftarkan gabungan Muafakat Nasional (MN) melibatkan dua parti itu secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung kedua-dua parti tersebut, Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan media bersama pada Selasa.

Kepemimpinan MN bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang.

Kenyataan tiga perenggan itu dibuat setelah mesyuarat jawatankuasa perunding Muafakat Nasional pada malam tadi dibatalkan ekoran situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB, di Lembah Klang.

Related posts

Leave a Comment