Dunia catat 36.77 juta kes

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 global kini mencecah 36.77 juta kes dengan Amerika Syarikat (AS) merekodkan kes paling tinggi iaitu 7.65 juta.

Data Johns Hopkins University setakat pukul 8 pagi 10 Oktober menunjukkan AS juga mencatatkan kematian tertinggi iaitu 213,570 daripada jumlah global 1,066,391 kematian.

Secara keseluruhan, sebanyak 12 negara merekodkan lebih setengah juta kes.

India merekodkan 6,906,151 kes, Brazil 5,055,888, Rusia 1,265,572,  Colombia 894,300, Argentina 871,468, Sepanyol 861,112, Peru 838,614, Mexico 804,488, Perancis 732,043, Afrika Selatan 688,352 dan United Kingdom 578,384.

Iran pula mencatatkan 492,378 kes dan Chile 477,769.

Sembilan negara merekodkan lebih 300,000 kes didahului Iraq 397,780, Bangladesh 375,870, Itali 343,770, Arab Saudi 338,539, Filipina 334,770, Turki 332,382, Indonesia 324,658, Jerman 320,495 dan Pakistan 317,595.

Dua buah negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Israel 287,858 dan Ukraine 257,204 sementara 18 negara merekodkan lebih 100,000 kes termasuk Kanada, Netherlands, Romania, Belgium, Kuwait, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan Nepal.

Bagi kes kematian pula, Brazil menduduki tempat kedua dengan 149,639 kematian, India 106,490, Mexico 83,096, United Kingdom  42,769, Itali 36,111, Peru  33,098,  Sepanyol 32,929, Perancis  32,601, Iran 28,098, Colombia  27,495.

Argentina 23,225, Rusia 22,137,  Afrika Selatan 17,547, Chile 13,220, Ecuador 12,175, Indonesia 11,677 dan Belgium 10,126.

Sebanyak 25,566,856 kes sembuh yang didahului India dengan 5,906,069, diikuti Brazil 4,502,854, AS 3,039,089, Rusia 1,005,199, Colombia 780,547, Peru 728,216 , Argentina 697,141, Mexico 682,604, Afrika Selatan 620,081 dan Chile 450,297.

Related posts

Leave a Comment