Feri Kuala Kedah dihenti

ORANG ramai yang ingin ke Pulau Langkawi melalui jalan laut perlu mendapatkan perkhidmatan feri di Kuaka Perlis mulai 11 sehingga 25 September ini berikutan pemberhebtian sementara psrkhidmatan itu di Kuala Kedah.

Perkhidmatan feri penumpang dari Jeti Kuala Kedah ke Terminal Penumpang Kuah, Langkawi dan sebaliknya dihentikan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari sehingga 25 September.

Jabatan Laut Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu selaras dengan PKPD pentadbiran yang dikuatkuasakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah selama tempoh berkenaan. 

Sehubungan dengan itu, para penumpang feri yang ingin ke Terminal Penumpang Kuah, Langkawi hendaklah menggunakan perkhidmatan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis,.

Jabatan itu turut menjangkakan akan berlaku pertambahan mendadak pengguna di Terminal Feri Kuala Perlis dalam tempoh dua minggu ini.

Bagi mengelak sebarang kesulitan, penumpang dinasihatkan merujuk  jadual pergerakan feri melalui pautan http://time.langkawiferryline.com,

Related posts

Leave a Comment