911,988 maut, sembuh 19 juta

DUNIA merekodkan 28.3 juta kes sehingga pukul 8 pagi ini dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 911,988 sementara kes pesakit sembuh pula sebanyak 19,097,022.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) mendahului negara-negara lain di mana daripada 28,301,633 kes yang direkodkan dunia,  AS mencatatkan 6,438,739 kes.

India dan Brazil menduduki tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 4,562,414 dan 4,238,446 sementara Rusia telah mencecah 1,048,257 kes.

Enam negara merekodkan lebih setengah juta kes didahului Peru yang merekodkan 710,067, Colombia 694,664, Mexico 652,364, Afrika Selatan 646,398, Sepanyol 566,326 dan Argentina 524,198.

Chile pula merekodkan 430,535, Perancis 401,794, Iran 397,801, United Kingdom 364,085, Bangladesh 334,762, Arab Saudi 324,407 dan Pakistan 300,371.

Bagi 200,000 kes pula, Turki mencatatkan 288,126 kes, Itali 284,796, Iraq 282,672, Jerman 259,730, Filipina 252,964 dan Indonesia 210,940.

Sepuluh negara merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Ujraine 152,373, Israel 148,564, Kanada 137,420, Bolivia 124,205, Qatar 121,287, Ecuador 113,206, Kazakhstan 106,661, Republik Dominica 102,232, Romania 101,075 dan Mesir 100,708.

Sementara itu AS juga mendahului kes kematian dengan 192,834 kes diikuti Brazil 129,522, India  76,271, Mexico  69,649, United Kingdom 41,703, Itali 35,597, Perancis 30,899 dan Peru 30,344.

Sepanyol pula mencatatkan 29,747 kematian,  Iran 22,913, Colombia 22,275, Rusia 18,309, Afrika Selatan 15,378, Chile 11,850, Argentina 10,994 dan Ecuador 10,749.

Bagi kes sembuh, Brazil mendahului dengan 3,683,047, India 3,542,663, AS 2,417,878, Rusia 865,646, Afrika Selatan 574,587, Colombia 569,479, Peru 544,745 dan Mexico 541,804.

Chile merekodkan 403,064, Argentina 400,121, Iran 342,539, Arab Saudi 300,933, Pakistan 288,206, Turki 256,524, Bangladesh 236,024 , Jerman 231,349, Iraq 217,396 dan Itali 212,432.

Filipina mencatatkan 186,606 kes sembuh diikuti Sepanyol 150,376, Indonesia 150,217, Kanada 121,294, Qatar 118,199, Israel 111,728 dan Kazakhstan 100,409.

Related posts

Leave a Comment