Lonjakan kes Covid-19

LONJAKAN kes apabila jumlah kes jangkitan Covid-19 di Malaysia kembali meningkat kepada tiga digit dengan 182 kes dilaporkan sejak 24 jam lalu. Kementerian Kesihatan memaklumkan, daripada jumlah itu, 181 merupakan kes tempatan dan satu kes import. Sebahagian besar kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 167 kes dan Kluster Sungai serta Telaga di Kedah sebanyak 14 kes.

Read More

PRN: 3 penjuru sudah pasti

TIGA itu pasti. Dua tidak akan berlaku. Empat, lima dan enam tidak mustahil. Ia pernah berlaku sebelum ini. Begitu situasi yang ada setakat ini  menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok, 12 September 2020. Pertembungan tiga penjuru bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dapat dinafikan kerana ia melibatkan pelbagai kelompok parti politik yang pelbagai bagi menghadapi PRN mengejut ini. Jangkaan empat, lima dan enam itu akan turut melibatkan calon Bebas dan mereka yang mungkin kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon oleh parti atau tidak puas…

Read More

PCS ajak tolak parti Malaya

DENGAN slogan Sabah Sedar, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Anifah Aman mengajak parti-parti tempatan bersatu dan bekerjasama menolak campur tangan parti-parti Malaya. Anifah berkata, adalah menjadi harapannya agar parti-parti tempatan bersama-sama menuntut hak-hak dan keistimewaan rakyat Sabah yang dakwanya sehingga hari ini masih tidak dilaksanakan. “Kita yang seharusnya menentukan nasib serta hala tuju kita sendiri tanpa campur tangan oleh Malaya. Cukuplah retorik-retorik sebelum ini, dan tidak perlu lagi. Tolak sahaja campur tangan Malaya,” kata bekas Menteri Luar itu melalui Facebooknya. Dalam catatannya, Anifah berkata, sejak penubuhan Persekutuan Malaysia hingga hari…

Read More

PBS tanding 15 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesahkan bertanding di 15 kerusi dengan menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung bulan ini. Presiden PBS, Dr Maximus Ongkili dalam satu kenyataan berkata, kesemua kerusi itu menggandingkan muka lama dan baharu. “Sebelumnya, kita telah meminta 25 kerusi kerana kami percaya ia boleh dimenangi untuk Perikatan Nasional (PN), tetapi bagi menghormati komponen lain, kami memutuskan untuk menang dan merampas kembali kerajaan negeri Sabah demi rakyat serta pembangunan negeri, “katanya. Katnya, kerusi yang dipertandingkan itu merupakan kerusi PN dan pihaknya terutama…

Read More