Covid-19 Filipina atasi Indonesia

INDONESIA menambah 1,882 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kes  118,753 kes dalam tempoh 24 jam.

Data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, menunjukkan sebanyak 91,219 pesakit masih dalam pemantauan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 69 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 5,521 orang.

Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 24,115 kes, diikuti Jakarta (23,936) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,817 orang, diikuti Jakarta (901), Jawa Tengah (700), Sulawesi Selatan (330) dan selebihnya di wilayah lain.

SINGAPURA merekodkan 301 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam 24 jam lepas di dengan empat kes di dalam komuniti. Terdapat juga empat kes import, dan semuanya diserahkan Notis Duduk Dirumah sebaik sahaja tiba di Singapura.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), majoriti kes masih daripada asrama pekerja asing. 

Dengan angka kes terbaharu ini, jumlah keseluruhan kes kini mencecah 54,555.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan pada Rabu, Singapura mengklasifikasikan 729 sebagai kes import, 2,185 kes komuniti dan 51,340 kes penghuni asrama.

Setakat 12 tengah hari semalam, sejumlah 47,768 pesakit pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan 126 kes disahkan masih berada di hospital.

THAILAND merekodkan dua kes baharu yang melibatkan dua warganegara yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 31 Julai lalu.

Dengan pertambahan kes itu, jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 adalah 3,330 kes.

Dua individu kes baharu itu adalah lelaki berusia 42 tahun dan wanita, 62 yang menjalani kuarantin di wilayah Chan Buri sebaik sahaja tiba di Bangkok.

Setakat ini, 4,739 orang pulang dari AS dan 9.41 peratus daripada mereka diuji positif.

Daripada 3,330 kes , sebanyak 3,148 kes telah pulih termasuk empat yang dibenarkan keluar hospital hari ini manakala 124 masih di hospital.

Jumlah kematian kekal 58 sejak 2 Jun.

FILIPINA setakat pukul 4 petang 6 Ogos 2020, mencatatkan 119,460 kes Covid-19 termasuk 3,561 kes yang disahkan hari ini.

Jabatan Kesihatan (DOH) juga mengumumkan 569 kes sembuh yang membawa jumlah keseluruhan sembuh kepada 66,837.

Sebanyak 28 kematian dilaporkan yang membawa jumlah korban 2,150 sementara kes aktif 50,473.

Related posts

Leave a Comment