17.7 juta kes, 682,000 maut

DUNIA setakat 6.30 pagi ini merekodkan 17,752,790 kes jangkitan Covid-19 dengan kematian meningkat kepada 682,717 sementara kes sembuh pula sebanyak 10,483,907.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 4.6 juta kes serta 154,188 kematian diikuti Brazil,  2.7 juta kes serta 93,563 kematian.

India pula berada di tangga ketiga dengan 1,695,988 kes tetapi merekodkan kematian di kedudukan kelima dengan 36,511 kes.

Sementara itu Rusia merekodkan 843,890 kes diikuti Afrika Selatan 503,290,  Mexico 424,637 dan Peru 407,492.

Tiga buah negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 357,658, Iran 306,752 dan United Kingdom 305,572.

Sementara itu, sembilan negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Colombia 295,508, Sepanyol 288,522, Pakistan 278,305, Arab Saudi 277,478, Itali 247,832, Bangladesh 239,860, Turki 231,869, Perancis 225,197 dan Jerman 211,005.

Lima negara merekodkan 100,000 kes iaitu Argentina 191,302, Iraq 126,704, Kanada 118,523, Qatar 110,911 dan Indonesia 109,936 sementara negara yang mencatatkan 90,000 kes adalah Filipina 98,232, Mesir 94,316 dan Kazakhstan 90,367.

Negara yang mula mencetuskan wabak ini, China merekodkan  87,780 kes.

Bagi kes kematian pula, Mexico berada di tangga ketiga dengan 46,688 kes diikuti United Kingdom 46,278, India 36,511 , Itali  35,146, Perancis  30,268, Sepanyol 28,445 dan Peru 19,021.

Sementara itu, Brazil mendahului kes pulih dengan 2,037,982 kes diikuti Amerika Syarikat 1,461,885, India 1,094,374, Rusia 645,316, Afrika Selatan 342,461, Chile 330,507, Mexico 327,115, Peru 287,127 dan Iran 265,830 .

Pakistan pula merekodkan 247,177 kes pulih, Arab Saudi 237,548, Turki 215,516 dan Itali 200,229.

Related posts

Leave a Comment