Jumlah kes di Saudi 277,478

ARAB Saudi mencatatkan 1,573 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan 277,478 kes. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan turut mengumumkan 21 lagi kematian menjadikan jumlah yang meninggal dunia kini meningkat kepada 2,887. Di samping itu, kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 237,548 setelah 1,890 lagi dilaporkan sembuh. Jumlah kes aktif pula adalah 37,043, di mana 2,016 kritikal. Sementara itu, semua bandar di Arab Saudi merekodkan 100 kes baharu  ke bawah kecuali Riyadh yang merekodkan 102 kes. Makkah menduduki tempat kedua dengan mencatatkan 89 kes, Dammam 72,…

Read More

Indonesia hampiri 110,000 kes

THAILAND mencatatkan dua kes baharu Covid-19 membabitkan warga asing termasuk seorang pemain bola sepak Serbia berusia 29 tahun yang tiba di negara itu dengan penerbangan sewa khas pada 19 Julai.  Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dalam satu kenyataan berkata,  seorang lagi ialah warga Finland berusia 41 tahun yang tiba dari Denmark pada 27 Julai dan telah menjalani kuarantin wajib di Bangkok.  Memandangkan kedua-dua kes baharu itu membabitkan warga asing, Thailand mengekalkan rekod sifar jangkitan tempatan untuk hari ke-68. Negara itu turut mencatatkan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas. Setakat ini, Thailand mencatatkan…

Read More

Jangan kongsi pelitup muka

PENGGUNAAN pelitup muka perlu diamalkan bersama penjagaan kebersihan tangan dengan kerap dan penjarakan fizikal yang selamat, sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, terdapat dua jenis pelitup muka yang boleh digunakan bagi tujuan pencegahan jangkitan Covid-19 iaitu pelitup muka perubatan dan pelitup muka bukan perubatan. Pelitup muka perubatan seperti pelitup tiga lapisan, digunakan oleh petugas kesihatan; orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan; golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas (iaitu mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas); dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing…

Read More

Sembilan kes baharu

PUTRAJAYA: Sembilan kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini, 1 Ogos berbanding 12 semalam dengan tujuh daripadanya adalah kes import dan dua lagi penularan tempatan. Kes import itu turut melibatkan lima warganegara tempatan manakala kes penularan tempatan masing-masing seorang warga tempatan dan warga asing. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini 8,985 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 213 kes. Kes penularan dalam negara yang membabitkan warganegara adalah di negeri Kedah. Kes itu daripada Kluster PUI Sivagangga. Bagi kes bukan warganegara pula adalah di negeri Selangor dan kes itu daripada Kluster Bukit Tiram. Terdapat tiga kes pulih…

Read More

Nilai sekeping mask, roti canai

BERAPA harga setiap satu unit atau sekeping pelitup muka? Adakah sama harga dengan secawan teh tarik, sekeping roti canai atau sebatang rokok? Sebelum ini, semasa peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menang sukar untuk mendapatkannya di pasaran. Harganya pula boleh tahan, RM1.50 sen setiap satu. Minggu lepas, ketika mendapatkannya di sebuah farmasi, harganya sudah turun. Alhamdulillah boleh dapat sekotak yang mengandungi 50 unit/keping pada harga lebih kurang RM50. Maknanya sekeping RM1. Lebih murah berbanding secawan teh tarik, sekeping roti canai, sebatang rokok atau nasi lemak siap bungkus. Kenapa saya asyik…

Read More

Sinar Harian berusia 14 tahun

SELAMAT ulang tahun ke-14 Sinar Harian yang menyambutnya semalam 31 Julai. Tahniah kepada Dato Hussamuddin Yaacub dan rakan-rakan barisan sidang pengarang. Masih dalam usia remaja. Semoga berjaya mengharungi cabaran dalam industri media cetak di negara ini. Semalam dan hari ini Sinar Harian bercuti menyambut Hari Raya Aidiladha. Esok Ahad, akan bersinar kembali. Gambar muka depan Sinar Harian 31 Julai 2019 ini adalah mengenai Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Semoga ingatan baginda menjadi panduan. DAULAT TUANKU !

Read More

Buka ‘pintu’ ketika ‘import’ naik

THAILAND terus mencatatkan kes import menjelang pembukaan semula pintunya mulai 1 Ogos kepada lebih ramai warga asing termasuk pekerja migran dari negara jiran – Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam, dalam sektor infrastruktur dan industri makanan. Buat hari ke 67, tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan manakala enam kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam melibatkan warga Thailand yang kembali dari luar negara baru-baru ini, menjadikan jumlah jangkitan kini kepada 3,310 kes. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada enam lelaki itu, lima adalah pelajar di mana empat pulang dari…

Read More