JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia setakat 7 pagi ini, 22 Julai mencecah 14,835,470 berbanding semalam 14,632,087 dengan jumlah kematian pula menunjukkan 613,710 berbanding semalam 608,572.
Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kes paling tinggi dengan 3,887,664 diikuti Brazil 2,118,646 dan India 1,155,354.
AS dan Brazil juga menduduki tangga yang sama bagi angka kematian iaitu masing-masing 141,845 dan 80,120 manakala India di tangga kelapan dengan 28,084 kematian.
Rusia pula berada di tangga keempat dengan melepasi angka jangkitan setengah juta iaitu 782,040 berbanding semalam 776,212 kes.
Empat buah negara merekodkan 300,000 kes iaitu Afrika Selatan 381,798, Peru 362,087, Mexico 356,255 dan Chile 334,683.
Colombia menyertai sepuluh negara lain merekodkan angka melebihi 200,000 iaitu United Kingdom 297,389, Iran 278,827, Sepanyol 266,194, Pakistan 266,096, Arab Saudi 255,825, Itali 244,752, Turki 221,500, Perancis 214,607, Bangladesh 210,510, Colombia 204,005 dan Jerman 203,717.
Tiga negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 iaitu Argentina 130,774, Kanada 113,445 dan Qatar 107,430.
Sementara itu United Kingdom merekodkan 45,507 kematian diikuti Mexico 40,400, Itali 35,073, Perancis 30,168, Sepanyol 28,424, Iran 14,634, Peru 13,579, Rusia 12,561 dan Belgium 9,805.
Bagi kes sembuh pula, sebanyak 8,424,870 kes dilaporkan pulih di mana Brazil mendahului dengan 1,555,339, diikuti AS 1,182,018, India 724,578, Rusia 561,397, Chile 306,816, Mexico 269,035, Peru 248,746, Iran 242,351, Afrika Selatan 208,144, Pakistan 208,030, Arab Saudi 207,259 dan Turki 204,011