9.9 juta kes, 497,427 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 9,937,618 berbanding pagi semalam, 27 Jun 2020 sebanyak 9.7 juta manakala kematian kini 497,427 berbanding 492,000.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling terjejas dengan merekodkan 2,504,492 dan 125,472 berbanding pagi semalam 2.45 juta kes dan 124,891 kematian.

Ini diikuti Brazil yang merekodkan 1,313,667 kes dengan 57,070 kematian diikuti Rusia 626,779 kes dan 8,958 kematian.

India pula merekodkan 508,953 kes diikuti United Kingdom (UK) 311,727 kes.

Enam lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru 275,989, Chile 267,766, Sepanyol 248,469, Itali 240,136, Iran 220,180 dan Mexico 208,392.

Perancis dan Pakistan pula menghampiri 200,000 kes dengan masing-masing menunjukkan angka  199,473 dan 198,883 kes.

Turki pula merekodkan 195,883 kes diikuti Jerman 194,458, Arab Saudi 178,504, Bangladesh 133,978, Afrika Selatan 131,800 dan Kanada 104,809.

Sementara itu, United Kingdom (UK) berada di kedudukan ketiga merekodkan kematian tertinggi dengan 43,598 diikuti Itali 34,716,

Perancis 29,781, Sepanyol 28,341, Mexico 25,779, India 15,685 dan Iran 10,364.

Related posts

Leave a Comment