Dirgahayu Tuanku

TIADA sebarang acara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini.

Baginda bertitah agar semua acara dibatalkan.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha penularan mengekang COVID-19.

Sebaliknya baginda mengajak rakyat untuk bersama berdoa agar Malaysia terus dilindungi dan dirahmati agar wabak ini dapat diakhiri dengan segera.

Related posts

Leave a Comment