Separuh kes dijangkiti sembuh

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 2,235 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes meningkat kepada 74,795.

Angka tersebut menunjukkan sedikit penurunan berbanding empat hari lalu yang mencatatkan 2,399 2,442, 2,532 dan 2,642 kes..

Dalam tempoh yang sama, sembilan kematian turut direkodkan menjadikan 399 kes.

Kementerian juga mengumumkan kes pulih 2,148 menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah 45,668 iaitu lebih daripada separuh yang dijangkiti .

Daripada jumlah kes baharu itu, 27 peratus melibatkan wanita manakala 41 peratus kes baharu melibatkan penduduk warga tempatan.

Sementara itu Riyadh terus merekodkan kes tertinggi iaitu 765 kes diikuti Makkah 416, Jeddah 350, Madinah 184 dan Dammam 113 kes..

Related posts

Leave a Comment