Belum ada kes di Saudi

AUSTRALIA dan Amerika Syarikat mencatatkan kematian pertama akibat wabak Covid-19 ketika beberapa buah negara terus merekodkan peningkatan kes sama ada kes baharu, kes pertama  jangkitan atau kematian.

Beberapa negara yang mencatatkan kes pertama termasuklah Qatar, Armenia, Ireland, Luxembourg dan Ecuador

Di Amerika Syarikat, mangsa adalah seorang lelaki berusia 50an sementara di Australia, melibatkan lelaki berusia 78 tahun.

Lelaki Amerika Syarikat itu  yang sedang menerima rawatan meninggal dunia di Hospital Sir Charles Gairdner, Perth. Lelaki itu adalah antara warga Australia yang diterbangkan dari Jepun dan diasingkan selepas dikuarantin dalam kapal pesiaran Diamond Princess.

Sementara itu, Qatar melaporkan kes pertama membabitkan seorang mangsa berusia 36 tahun yang baru kembali dari Iran.

Perkembangan ini menjadikan hanya Arab Saudi satu-satunya negara Teluk yang belum melaporkan sebarang kes Covid-19. Setakat ini, negara paling teruk terjejas di wilayah Teluk ialah Iran dengan 43 kematian dan hampir 600 kes jangkitan.

Majoriti jangkitan di negara Teluk lain membabitkan mangsa yang pernah melawat Iran atau berhubungan dengan mereka yang pernah ke negara itu dan setakat ini, semua kematian berlaku di Iran.

Kuwait pula melaporkan 45 kes jangkitan, Bahrain 38 kes, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 21 kes termasuk lima sudah sembuh, Oman enam kes dengan seorang sudah sembuh manakala Iraq melaporkan lapan kes jangkitan.itu.

Di Beijing,  China melaporkan 35 lagi kematian menjadikan jumlahnya meningkat kepada 2,870 sementara 573 kes baharu menjadikan jumlah kes di China 79,824.

Related posts

Leave a Comment