Indonesia tidak sembunyi Covid-19

INDONESIA, antara negara anggota ASEAN yang belum melaporkan sebarang kes Covid-19 (Coronavirus) tidak menyembunyikan apa-apa maklumat berkaitan wabak itu, kata Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto . “Kami mempunyai peralatan untuk memeriksa koronavirus dan mereka telah diluluskan…Tiada perkara untuk disembunyi,” katanya selepas mesyuarat Kabinet di istana presiden Bogor, semalam. Indonesia antara negara yang masih ‘selamat’ daripada wabak itu yang telah mengorbankan lebih 1,000 orang. Berbanding jiran-jirannya, banyak kes telah dilaporkan di  Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina. Situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengkaji perubatan yang melahirkan kerisauan bahawa tiada kes…

Read More

Covid-19 ganti 2019-nCoV

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Covid-19 sebagai nama rasmi baharu bagi coronavirus yang pertama kali dikenal pasti di China pada 31 Disember lalu. Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata Covid-19 adalah singkatan Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk disease (penyakit). Angka “19” adalah tahun wabak ini dilaporkan buat pertama kalinya pada 31 Disember 2019. Covid-19 kini meragut lebih 1.000 jiwa di China. WHO sebelum ini mengumumkan untuk meneliti penamaan virus baharu itu bagi mengelakkan stigma buruk terhadap bandaraya Wuhan yang menjadi tempat bermulanya wabak coronavirus. Agensi rasmi kesihatan…

Read More

Jepun catat kes baharu

Suruhanjaya Kesihatan Hubei mengesahkan kematian akibat wabak Coronavirus meningkat kepada 1,110 orang. Sehingga 7 pagi ini waktu Malaysia, jumlah kes baru di wilayah itu adalah 1,638. Sementara itu, sebanyak 39 kes baharu dicatatkan di Jepun yang melibatkan kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin di bandar pelabuhan Yokohama. Turut terlibat pegawai kuarantin kementerian kesihatan Jepun.

Read More