Kematian melebihi 1000

KEMATIAN akibat wabak Coronavirus telah pun mencecah ke angka 1,000 orang apabila pihak berkuasa kesihatan di Hubei pada Isnin mengesahkan 103 lagi mangsa meninggal dunia.

Kini jumah keseluruhan kematian meningkat kepada 1,013 termasuk dua kes di luar China iaitu masing-masing satu di Hong Kong dan Filipina.

Jumlah kes turut menunjukkan peningkatan apabila 2,097 kes baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 42,729.

Beberapa kes baharu turut dicatatkan di luar China termasuk satu kes di Emiriyah Arab Bersatu, dua kes di Singapura dan dua di Hong Kong.

Sementara itu beberapa negara terus berusaha untuk membawa pulang rakyat mereka dari China.

Kazakhstan akan menghantar pesawat Air Astana hari ini dan Rabu bagi membawa pulang rakyatnya. Ini kali kedua operasi Kazakhstan membawa pulang dilakukan selepas kali pertama pada Isnin lalu.

Kerajaan Jepun juga merancang menghantar pesawat kelima bagi membawa keluar rakyatnya.

Related posts

Leave a Comment