Sajat : Masa itu sudah berlalu

KUALA LUMPUR : Perkara sudah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur. Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Sajat sudah pun mempamerkan ‘aksi’ yang menimbulkan kontroversi ketika menunaikan umrah baru-baru ini.

Sajat berpakaian lelaki di KLIA tetapi menujar wataknya dengan berpakaian wanita (bertelekung)  serta bergaul di ruang solat wanita di Tanah Suci.

Hanya nasihat yang boleh diberi kepada pelaku dan golongan sepertinya serta agensi umrah bagi mengelakkan hal seumpama ini berulang pada masa Belajarlah daripada kesilapan.

Meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap agensi umrah atau agensi pelancongan yang terlibat juga tidak seharusnya berlaku kecuali, agensi itu didapati benar-benar cuai dan mengambil mudah berhubung isu ini. Minta dielakkan jika ada sesuatu di belakang kontroversi ini. 

Kementerian Pelancongan boleh memberi amaran sebelum bertindak lebih jauh menggantung lesen agensi berkenaan kerana agensi itu sendiri sudah mengambil pelbagai langkah termasuk ketika kursus di Kuala Lumpur tetapi akhirnya ‘keliru’ dan terperangkap mengenai status Sajat.

Tidak dinafikan, adalah menjadi tanggungjawab agensi berkenaan untuk memastikan pergerakan jemaah di bawah kendalian mereka terkawal semasa  di Tanah Suci supaya mereka mematuhi peraturan yang  sama ada berkaitan ibadat atau peraturan.

Agensi berkenaan sudah tentu dalam keadaan serba salah apabila wujud dua keadaan terhadap jemaah mereka iaitu lelaki dan khunsa. Jemaah pula sepatutnya lebih memahami peraturan yang ditetapkan kerana ini melibatkan ibadah.

Pada kebiasaannya, setiap agensi akan menyediakan ketua rombongan serta mutawif yang akan memantau jemaah masing-masing. Di sinilah peranan agensi termasuk memastikan cara berpakaian jemaah mereka semasa mahu  melakukan ibadah.

Dalam hal ini, apabila terdapat insan seperti Sajat, agensi perlu lebih prihatin untuk memastikan tingkah lakunya tidak menimbulkan  Adakah mutawif atau ketua rombongan terlepas pandang?

Namun sekali lagi persoalan timbul apabila agensi yang mengendalikan jemaah seumpama ini  ‘keliru’ mengenai status jemaah sama ada lelaki atau khunsa. Di tanah air, perwatakannya lelaki tetapi di Tanah Suci mendakwa sebagai khunsa. Hakikatnya nama yang didaftarkan adalah lelaki.

Sesiapa pun yang mengendalikan jemaah seperti ini akan berada dalam dilema apabila akhirnya status jantina menjadi  Ketegasan mutawif atau ketua rombongan malahan keluarga Sajat amat penting. Mesti ada jalan keluar kekeliruan atau kemusykilan ini.

Maka pihak berkuasa juga perlu prihatin mengenai status ini. Selesaikan dengan baik dan berpegang teguh kepada keputusan atau pendirian mengenai status individu berkenaan. Semoga Sajat mendapat hidayah bagi membetulkan apa juga kesilapan yang berlaku.

Related posts

Leave a Comment