Kematian meningkat, 27 negara terlibat

KUALA LUMPUR : Jumlah kematian akibat wabak Coronavirus meningkat kepada 259 kes. Turut menunjukkan peningkatan adalah jumlah negara yang terlibat iaitu 27  termasuk negara yang  mengesan kes pertama di Russia, Sepanyol, India dan Sweden.

Di Singapura, tiga kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah 16 kes. Ia turut melibatkan seorang wanita rakyat Singapura berusia 47 tahun yang dibawa  pulang dari Wuhan, China.

Dalam kenyataan terkini Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata dua kes lagi melibatkan rakyat China. 

MOH berkata setibanya wanita itu di Lapangan Terbang Changi, dia didapati mengalami demam semasa saringan kesihatan dan dibawa ke National Centre for Infectious Diseases (NCID).

“Dia disahkan positif jangkitan koronavirus Wuhan pada 31 Jan dan pada masa ini dimasukkan ke dalam satu bilik pengasingan di NCID,” kata kementerian itu sambil menambah ketiga-tiga kes mempunyai sejarah pernah ke Wuhan. 

Sementara itu, 40 pelajar Malaysia yang belajar di China, kebanyakannya di Beijing selamat pulang ke tanah air. Mereka yang turut menjalani saringan kesihatan dilaporkan dalam keadaan sihat.

Related posts

Leave a Comment