Berita palsu, 4 lagi ditahan

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Empat lagi individu yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak coronavirus 2019-nCov ditahan dalam operasi berasingan sekitar Melaka, Kedah dan Pahang hari ini. Operasi dijalankan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara jam 11 pagi hingga 5 petang tadi. SKMM dalam kenyataannya, berkata mereka yang ditahan adalah seorang tutor sambilan berusia 49 tahun di Alor Setar, Kedah yang memuat naik kandungan palsu 2019-nCov di laman sosial Facebook miliknya, Sabtu lalu. Dua lagi yang ditahan di Melaka adalah…

Read More

Kes di China meningkat

BEIJING — Jumlah kes novel koronavirus yang disahkan di China mencecah 5,974 dengan kematian meningkat 132 orang. Agensi berita Sputnik melaporkan, sehari sebelum itu, terdapat 4,515 kes koronavirus yang disahkan dan 106 kematian. Pihak berkuasa kesihatan melaporkan falam tempoh 24 jam lalu, 1,459 kes baharu dengan 26 kematian dicatatkan di mana  25 di wilayah Hubei. Pada tengah malam 28 Januari (16:00 GMT), kira-kira 5,974 kes yang disahkan dilaporkan membabitkan 59 wilayah, seramai 1,239 pesakit berada dalam keadaan kritikal, 132 meninggal dunia manakala 103 orang dibenarkan keluar hospital. Kes jangkitan turut…

Read More

Tiga kes baharu

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Tiga lagi kes positif 2019 novel koronavirus dilaporkan, menjadikan jumlah yang disahkan di negara ini meningkat kepada tujuh setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan   awal pagi ini berkata, kesemua tujuh kes itu melibatkan warganegara China. Tiga kes positif terbaharu itu membabitkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi; seorang lelaki berusia 52 tahun yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan seorang wanita. Wanita itu terdahulunya berstatus negatif tetapi…

Read More

Suspek berita palsu ditahan

KUALA LUMPUR 29 Jan. — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang suspek yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan 2019 novel koronavirus. Menurut kenyataan MCMC hari ini, suspek berumur 34 tahun itu ditahan di kediamannya di Bangi, Selangor pada 4 petang semalam bagi membantu siasatan terhadap satu kandungan yang dimuat naik di laman Facebook pada 26 Jan 2020. “ Kandungan mengenai koronavirus itu didapati palsu. MCMC dan PDRM sedang giat mengesan tiga lagi suspek untuk membantu siasatan,” kata MCMC. Menurut MCMC…

Read More