Hati-hati pulang bercuti

 

Selamat bercuti kepada semua yang akan bercuti sempena Tahun Baharu Cina. Berhati-hatilah di jalan raya atau lebuh raya.

Sebelum berangkat pulang, pastikan nilai Touch & Go anda mencukupi. Jangan biarkan orang lain terkandas gara-gara palang tol tidak terangkat akibat baki kad T&G anda tidak mencukupi. 

Ingat dan insaflah, walaupun matahari terbit setiap hari  sesudah ayam berkokok atau sesudah Subuh, plaza tol masih wujud termasuk di Jambatan Pulau Pinang, di Sungai Nyior Butterworth dan Simpang Renggam, Johor. 

Kadar tol hanya ada diskaun sempena Tahun Baharu Cina, kemudian akan ada potongan 18 peratus. Ingatlah bahawa tol belum dihapuskan sama sekali itu adalah benar.

Masa masih panjang untuk pengguna lebuh raya  terus ‘menikmati’ bayaran tol walaupun tanpa kenaikan sehingga tahun 2058.

Berhati-hatilah ketika memandu. Ingat malang tidak berbau. Bau orang mabuk boleh kita hidu jika didekati tetapi kemalangan berpunca daripada orang mabuk sukar dijangka. Lebih malang jika mabuk yang dikatakan masih ‘terkawal’ tetapi tersasul memasuki laluan bertentangan mampu ‘membunuh’ anda di jalan raya. 

Nilai nyawa anda amat rendah bagi pemandu yang mabuk. Semoga pemandu semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Berehat dan berhenti jika mengantuk. Begitu juga bagi yang mabuk kerana alkohol, hentikan pemanduan anda. Jangan hadirkan diri di jalan raya dalam keadaan mabuk walaupun tahap mabuk itu ‘terkawal’.

Selamat Tahun Baharu Cina. Gong Xi Fa Cai.

(Foto Plaza Tol Nilai)

Related posts

Leave a Comment