Memorandum bantah henti keganasan Uighur ditolak

KUALA LUMPUR: Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan China di Malaysia berhubung isu penindasan terhadap etnik Uighur di negara itu. Bagaimanapun, Presidennya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, berkata pihaknya kesal kerana kedutaan itu menolak memorandum berkenaan. Susulan itu, beliau berkata, pihaknya menganggap ia sebagai bentuk penindasan terhadap suara masyarakat dan AGRA bersama 58 badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak akan mengalah, sebaliknya akan mencari jalan untuk menyuarakan suara mangsa yang ditindas di Xinjiang. “Hari ini suara kolektif yang peduli hal kemanusiaan etnik Uighur mengusahakan menghantar memorandum…

Read More

Krisis bekalan bawang merah pulih Februari depan

BUKIT MERTAJAM: Krisis bekalan bawang yang melanda negara ketika ini hingga harganya naik sehingga tiga kali ganda, dijangka pulih Februari tahun hadapan. Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail, berkata ia disebabkan kekurangan jumlah import bawang merah terutama dari India susulan sekatan negara terbabit akibat banjir besar. Bagaimanapun, katanya, ia hanya bersifat sementara. Katanya, Malaysia bukan negara tunggal yang terkesan dengan situasi itu, sebaliknya turut dialami negara pengimport lain. “Kira-kira 60 peratus daripada bekalan bawang di negara ini diimport dengan India menjadi pengimport terbesar iaitu 70 peratus. “Malaysia turut…

Read More

PM setuju tangguh mansuh elaun kritikal’ – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohammad bersetuju menangguhkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi penjawat awam 33 Skim Perkhidmatan Kritikal. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata perkara itu dipersetujui dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri di sini, hari ini. Mengumumkan perkara itu menerusi rakaman video di laman Twitter rasminya, Syed Saddiq berkata, Dr Mahathir juga setuju untuk membincangkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pertama tahun hadapan. “Sebentar tadi saya berbincang dengan Perdana Menteri berkenaan isu elaun kritikal dalam pekeliling baharu JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). “Alhamdulillah, Perdana…

Read More