SIAPA BENAR? Dr.M, AZMIN, PANG15 UMNO

MACAM dialog dalam filem Hang Tuah pula apabila bertanya siapa yang benar TuahataubJebat. Lima belas anggota Parlimen UMNO yang beramai-ramai ke kediaman Azmin Ali sudah tampil memberi penjelasan. Keadaan tidaklah seperti dilaporkan iaitu kononnya UMNO bagaikan hilang arah @ ‘hilang parti’. Entah siapa yang bercakap benar,  Dr. Mahathir Mohamad, Azmin Ali atau 15 anggota Parlimen. Masing-masing berhak mempertahankan kenyataan mereka. Politik ada serba-serbi kemungkinan. Kadang kadang yang dinafikan akhirnya benar atau menjadi kenyataan.

Semoga perjumpaan itu tidak menjadi seperti senjata makan tuan. Menang sorak kampung tergadai. Biar apa pun penafian dan alasan yang diberi, orang luar akan melihat sesuatu yang tidak kena atau kocakan di dalam parti yang masih mempunyai Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden UMNO. Pertemuan seumpama itu sudah tentu menimbulkan pelbagai spekulasi berbentuk positif atau negatif. Jangan kerana tindakan seumpama itu, anggota UMNO di peringkat bawah dalam keadaan keliru.

Apa pun alasan atau tujuan kunjungan malam itu, ianya telah menimbulkan persepsi yang pelbagai dalam kalangan orang ramai.Dan mereka juga berhak membuat analisis sendiri.

Related posts

Leave a Comment