SIAPA BENAR? Dr.M, AZMIN, PANG15 UMNO

MACAM dialog dalam filem Hang Tuah pula apabila bertanya siapa yang benar TuahataubJebat. Lima belas anggota Parlimen UMNO yang beramai-ramai ke kediaman Azmin Ali sudah tampil memberi penjelasan. Keadaan tidaklah seperti dilaporkan iaitu kononnya UMNO bagaikan hilang arah @ ‘hilang parti’. Entah siapa yang bercakap benar,  Dr. Mahathir Mohamad, Azmin Ali atau 15 anggota Parlimen. Masing-masing berhak mempertahankan kenyataan mereka. Politik ada serba-serbi kemungkinan. Kadang kadang yang dinafikan akhirnya benar atau menjadi kenyataan. Semoga perjumpaan itu tidak menjadi seperti senjata makan tuan. Menang sorak kampung tergadai. Biar apa pun penafian…

Read More

MI BANDUNG MUAR

ADA beberapa lokasi yang dicadangkan oleh seorang rakan untuk menikmati mi bandung Muar. Malangnya senarai utama yang dicadangkan tidak beroperasi ketika berkunjung ke sana pada 5 November 2019. Mungkin bercuti, atau memang hari Selasa tutup. Ketika itu juga Johor meraikan kemenangan JDT menjuarai Piala Malaysia. Tidak mungkin sambung cuti rai kemenangan JDT. Apa pun cari punya cari jumpa juga mi bandung Muar. Boleh cuba rasa di Restoran Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori di Tanjung Agas.

Read More

Masjid Jamek Ar Rahman

21.11.2019 : JOM KE MASJID  BARU-BARU ini singgah solat Zuhur di Masjid Jamek Ar Rahman, Merlimau, Melaka. Masjid yang kelihatan masih baharu ini terletak di Jalan Melaka-Muar, Kampung Pulai. Seperti ciri-ciri binaan masjid lain di Melaka, masjid ini juga mempunyai ciri yang sama pada bahagian bumbung. Masjid yang luas ini mampu menampung kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Untuk kemudahan jemaah, tempat letak kereta juga luas. Masjid ini dibina di kawasan seluas 1.01 hektar (2.5 ekar). Pembinaannya bermula pada penghujung tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada Februari 2018. Kos pembinaannya…

Read More