Bahan beracun ada di mana-mana

SEJAK kebelakangan ini banyak isu berkaitan ‘racun’ dalam kehidupan seharian kita. Bukan sekadar ‘racun’ politik yang menyebabkan rakyat ‘terhoyong-hayang’ selepas lima bulan pilihan raya umum berlalu tetapi ‘racun’ melibatkan ‘keperluan’ manusia untuk hidup. Racun ini bukan sekadar memudaratkan kesihatan tetapi boleh membawa kematian. Keracunan makanan serta produk tiruan termasuk ubat dan kosmetik ‘beracun’ mencetuskan kebimbangan. Jika sekadar ‘rokok, arak, kosmetik atau makanan beracun’ masih boleh diterima tetapi apabila ubat juga didapati beracun, apakah jaminan terhadap keselamatan nyawa manusia? Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), racun membawa maksud bahan yang…

Read More