Bahan beracun ada di mana-mana

SEJAK kebelakangan ini banyak isu berkaitan ‘racun’ dalam kehidupan seharian kita. Bukan sekadar ‘racun’ politik yang menyebabkan rakyat ‘terhoyong-hayang’ selepas lima bulan pilihan raya umum berlalu tetapi ‘racun’ melibatkan ‘keperluan’ manusia untuk hidup. Racun ini bukan sekadar memudaratkan kesihatan tetapi boleh membawa kematian. Keracunan makanan serta produk tiruan termasuk ubat dan kosmetik ‘beracun’ mencetuskan kebimbangan. Jika sekadar ‘rokok, arak, kosmetik atau makanan beracun’ masih boleh diterima tetapi apabila ubat juga didapati beracun, apakah jaminan terhadap keselamatan nyawa manusia? Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), racun membawa maksud bahan yang…

Read More

Merungkai isu teksi dan Grab

SEDIH mendengar keluhan pemandu-pemandu teksi di Pulau Langkawi semasa perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam. Sukarnya kehidupan mereka akibat kehadiran Grab. Isu ini tidak terbatas di Langkawi tetapi di tempat lain. Begitulah liku-liku kehidupan dalam mencari rezeki. Nasib pemandu teksi ini mungkin sama dengan orang lain yang dihimpit kesulitan termasuk nasib penoreh getah di Kampung Dalam Wang, Baling, Kedah. Indahnya nama kampung itu tetapi khabarnya mereka tidak dapat menoreh selama dua bulan. Pokok getah ada tetapi hasil tidak ada sehingga terbentuk Tabung Bantuan Penoreh Getah & Fakir…

Read More

Beradab di khalayak, elak dianggap biadab

JUMAAT lalu, khutbah di masjid-masjid di Selangor memperkatakan tentang penggunaan media sosial untuk pelbagai tujuan. Tajuknya Adab di dalam media sosial. Kehadiran media sosial membuka peluang pengguna menyebarkan pelbagai perkara – berita, gambar dan apa sahaja melalui Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi WhatsApp dan sebagainya. Menurut khutbah itu, ada pengguna yang menghabiskan hampir keseluruhan waktu untuk media sosial. Statistik pula menunjukkan, sehingga Jun 2017, sebanyak 19 juta daripada rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook. Begitulah pengaruh media sosial kepada orang ramai. Laman sosial seharusnya menjadi medan untuk berkongsi menyampaikan maklumat pada perkara…

Read More

PD pilih DSAI, Pas atau Bebas TSI?

KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson (PD) memasuki minggu terakhir menjelang hari mengundi pada Sabtu ini. Esok, pengundian awal akan berlangsung yang turut melibatkan anggota pasukan keselamatan. Adakah sentuhan terakhir yang akan dilakukan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad akan menamatkan ‘keresahan’ calon utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengenai pelbagai spekulasi sebelum ini? Apabila UMNO atau Barisan Nasional (BN) memboikot PRK itu, pemerhati politik meramalkan Anwar akan menang mudah. Bagaimanapun apabila Pas menawarkan diri bersama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad (TSI),…

Read More

Tenang atau gelora selepas PAU

DEWAN Merdeka tetap penuh dengan perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018. Di luar dewan, jumlah kehadiran tidak seperti ketika UMNO di puncak kuasa. Jumlah itu sesuai dengan masalah yang sedang melanda. Pergerakan perwakilan lebih mudah serta lebih fokus. Sambutan yang diberi termasuk oleh pemerhati juga memberi petunjuk bahawa UMNO masih relevan dan perlu bangkit berubah. Kehadiran pemerhati sama ada yang mewakili UMNO atau tidak secara keseluruhannya dapat diterjemahkan melalui tidak sukar mendapatkan tempat letak kereta, bilik hotel dan tempat duduk di kafe atau restoran di sekitar PWTC. Kesesakan…

Read More