Kita Punya Malaysia, kibarkan Jalur Gemilang

EMPAT bulan lalu, di mana- mana sahaja di seluruh negara, kita dapat melihat pelbagai bendera berkibaran. Tanpa disuruh, seluruh pelosok negara berkibaran dengan bendera, semuanya kerana kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 pada bulan Mei lalu. Di tepi jalan, di atas pokok, di kenderaan, lebuh raya, jambatan dan bangunan tertentu kelihatan bendera parti politik khususnya Barisan Nasional (BN), PKR, Pas dan beberapa parti lain berkibaran. Begitulah kemeriahan mengibarkan bendera sempena PRU yang datang empat atau lima tahun sekali. Ketika ini juga di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seri Setia…

Read More